Pemakanan Buaya tembaga

Buaya tembaga merupakan pemangsa yang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, sama ada di air atau di darat. Anak buaya akan makan haiwan lebih kecil seperti serangga, amfibia, haiwan bercangkerang, krustasea, reptilia kecil dan ikan. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya. Walaupun mangsa yang ditangkap kecil, ia masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya tembaga mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, yu[2] dan kadangkala termasuk manusia. Kebiasaanya amat lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau berjemur di bawah sinar suria sepanjang hari, dan biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, buaya mampu menjangkau sejauh 10 m daripada keadaan pengun dan lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan.

Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa biasanya lemas (sekiranya terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat kuat, dengan mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar dengan hanya libasan ekornya, mampu menarik kerbau dewasa ke dalam sungai, atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gulungan Maut," di mana ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.

Rujukan

WikiPedia: Buaya tembaga http://photos1.blogger.com/blogger/7194/799/1600/C... http://www.news.harvard.edu/gazette/2001/07.19/14-... http://www.nit.com.au/travel/story.aspx?id=3696 http://www.flmnh.ufl.edu/natsci/herpetology/britto... http://www.flmnh.ufl.edu/cnhc/abritton.html http://www.crocodilians.com/ http://dml.cmnh.org/2001May/msg00788.html http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/powla... https://web.archive.org/web/20060623064651/http://... https://web.archive.org/web/20060108113747/http://...